Pembaca Blog Setia

Friday 29 June 2012

MERAUNG..!!

Assalamualaikum..

Tengoklah muka budak yang rindu sangat ngan babah dia ni. Pakai topi babah dalam keta tak mau turun lepas mama hakim amik dia balik dari umah pengasuh..

Aduiyai la anak.. Setiap kali lepas parking keta Hakim akan pandang ke arah balkoni umah sambil jerit panggil babah dia. Bila mama hakim cakap, babah takde la dia buat muka tak puas ati sambil cakap 'takde? takde?'.. Dan selepas itu berlaku lah adegan tarik menarik dan airmata. Mama hakim pasrahh! Cuma 2-3 ari ni Hakim ok skit. Bila mama hakim kate babah takde dia terus diam.

Harap nyer berterusan la sampai Hakim jumpe babah dia nanti.

Sampai jumpe lagi..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 28 June 2012

TERLIUR..!

Assalamualaikum..

Edisi sengaja meliurkan diri tengok Hakim makan..



Yang ni penah cite kat SINI dulu.



Bersungguh hadap blueberry muffin kegemaran Hakim. Habis tau sebiji nih!



Ni Absolute Choc cake kat Secret Recipe.


p/s: Insya Allah kami berdua akan ke Sabah 10 Julai ni :) Tiket dah beli..!!


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Wednesday 27 June 2012

TAK SANGKA..!

Assalamualaikum..


Petang yang syahdu diiringi ujan lebat.. Sangat lebat sampai tak nampak kat luar tu. Sejukkk.. Baru la bole menaip dengan tenang dan aman. Takde la yang membaca pun mengah2 kan..
Pasal nak gi Sabah..eh tak abis lagi rupe nyer.. Lambat lagi nak pegi, dekat ujung2 incik joni nak balik nanti. Mama hakim pegi seminggu je. Jadi la buat lepas mengidam nak sangat pi panjat kaki Gunung Kinabalu. Kaki gunung je yekk. Nak ke puncak ntah bila umur, nak bawak badan pun terhegeh-hegeh..hihi.


Alkisah nyer incik joni luluskan permohonan secara tak langsung mama hakim tu, sebab anakanda terchenta tu la. Rumah kami ni ade 3 bilik, tapi dulu2 mama hakim berdua je ngan incik joni kan. So satu bilik tidur, satu bilik persalinan (bilik segala almari baju sebenar nyer) dan satu lagi kami buat surau kecil. Dalam surau tu, ade tempat gantung baju, mama hakim gantung baju melayu yang incik joni pakai untuk ke masjid dan jugak sweater/jacket yang incik joni pakai untuk merempit. Malam tadi lepas maghrib, mama hakim tutup lampu surau tapi Hakim masih lagi duk dalam tu. Mama hakim buat tak peduli je terus duk depan tengok tibi. Tapi lepas 15 minit Hakim tak kuar, risau gak dia buat ape dalam keadaan yang tak bape terang tu kan. Bila mama hakim panggil dia, dia berlari kuar dengan jacket babah di tangan. Ooohh.. Main ngan baju babah rupe nyer.


Sebenar nyer mama hakim pun tak terbayang betapa rindu nyer Hakim pada incik joni. Sampai dia bole leka duk dalam keadaan tak bape terang main ngan baju incik joni. Sengaja mama hakim tak ambik baju tu. Biarlah dia main puas2. Tapi tak lama, dah mengantuk agak nyer sebab lepas tu dia membuang isi perut. Lepas mama hakim cuci dan tuka pampers, dia pun lena sambil berkasih sayang. Bak kate incik joni, Hakim sangat bertuah sebab lahir zaman serba canggih. Masih bole dengar suara dan tengok muka walaupun berjauhan. Kalau dulu2 kan bersurat-surat bagai. Pastu makan berminggu berpurnama nak tunggu sampai dan dibalas. Bayangkan kalau mama hakim terpaksa bacakan surat dari incik joni untuk Hakim.. “Kehadapan anakanda yang dirindui, semuga anakanda berada dalam keadaan yang sehat hendaknyer. Ayahanda di sini juga sehat2 sahaja.” (sambil menaip sambil gelak terbahak-bahak depan komputer)


Sabo je la kan..haha! Jahat betul gelak mama hakim nih! Memang ni ayat incik joni mase tu. Mama hakim dah sakit2 perut ketawa masa incik joni call. Ade je lagi panjang lebar ayat nyer tapi tak kuasa nak menaip. Tak larat nak tahan ketawa, bila orang kiri kanan muka serius buat keja! Panjang sungguh dah karangan nih. Karangan tahap SPM dah ni. Mama hakim ni kalau diberi peluang memang panjang bebelan nyer. Nanti mata korang berpinar plak J


Sampai jumpe lagi..wassalam.

DEJAVU DI KINABALU..

Assalamualaikum..

Weehuu.. Amaran dulu ekk, ni entry tergedik-gedik menari ala chicken dance haha..
Akhir nyer permintaan mama hakim kat SINI telah diterima seterusnyer diluluskan oleh incik joni. Yee haa.. Seronok nyer! Kalah Hakim tau over mama nyer nih! Padahal incik joni luluskan pun sebab Hakim.


Mama hakim excited terlebey ni bukan ape, Sabah was supposed to be our 5th anniversary destination. Tapi kami dapat hadiah yang lebih hebat lagi iaitu Azizul Hakim so, perjalanan ke Sabah terpakse ditangguhkan. Akhir nyer dapat gak merasai pengalaman ke sana walaupun secara tak langsung.. My own Dejavu at Kinabalu J


Eh eh.. Cuti cane? Dah lulus ke? Harapan menggunung tinggi bak Gunung Kinabalu dah ni. Encik Bos, silalah dengan berlapang dada melepaskan saya pergi ye. Nanti saya bawa keychain untuk Encik Bos dari sane..hihi.

Opss!! Keja tengah beratur merayu mintak disiapkan nih.


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Tuesday 26 June 2012

COUNTING DAYS..

Assalamualaikum..

Mama hakim menghitung hari.. Tapi bukan menghitung hari kepulangan Incik Joni ye, tu Hakim je yang hitung..hehehe. Mama hakim menghitung hari ulangtahun kelahiran Hakim iaitu 1 Julai 2012. Hakim dah besa lah! Nak masuk 2 tahun dah! Macam2 perasaan ade nih, seronok, gumbira, hiba bahkan sebak dan terharu pun berkunjung di hati..

Of kos mama hakim seronok dan gumbira sebab Hakim dah besar, sehat dan sempurna J Tapi nape hiba dan sebak? Sebab tak lame lagi Hakim akan berhenti berkasih sayang ngan mama hakim. Skang ni mama hakim paham sesangat perasaan mak2 ibu2 yang sedey bila nak berhenti berkasih sayang ngan anak. Ade yang rindu2an tau.. Ye la bila time tu, kita akan rasa anak rapat sangat ngan kita. Dia baring sebelah kita dan masa tu jugak boleh peluk cium dan belai dia sepuas ati sebab si anak sedang bizi mengisi perut. Satu lagi perasaan mama hakim bila sedang berkasih sayang, terasa puas hati sangat2 sebab kita tau susu ibu memang sangat baik untuk kesihatan anak kan.. Susah nak digambarkan, hanya yang berkasih sayang je tau perasaan tuh J

Dan mama hakim terharu sebab dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu selama hampir 2 tahun ni. Bangga sangat! I am a MOTHER! Macam nak bagitau satu dunia..hehe. Tu belum Hakim masuk skola dan berjaya dalam exam, mau nyer mama hakim buang tebiat ketuk umah jiran2 sebelah umah dan sebelah blok dan sebelah taman bagitau yang mama hakim sangat berbangga!!


A’ah! Mama hakim ni memang over orang nyer. Minggu lepas siap pakse adik2 mama hakim buat party untuk celebrate birthday Hakim ahad ni tau. Sayang nyer adik bongsu mama hakim yang kembar tu tak dapat join sebab ade bengkel MUET ahad tu. Uhh keciwa..! Incik joni balik nanti pun mama hakim pakse buat sambutan kecil2 lan untuk keluarga kecil kami J

Meh tempek gamba budak yang bakal berusia 2 tahun nih!




Sampai jumpe lagi..wassalam.

KEPENINGAN MELANDA..

Assalamualaikum..

Dia datang dah.. Tak leh nak halau lak tuh! Kang kecik ati.. Time orang tengah2 sesak napas kebizian ni lah dia nak bertandang. Sejak malam tadi dah dia mengacau, nak tido pun tak senang. Iskk iskk.. Harap nyer cepatlah dia pergi. Tak larat nak melayan lame2. Kang ape keja pun tak menjadi. Cik Pening, silalah paham.. Saya banyak keja nih!!


Selain kepeningan yang dah mula melanda, mujur nyer si anak sudah boleh tido lena minggu ni. At least dia terjaga 2 kali cuma nak berkasih sayang, minum air pastu lena balik. Takde dah perangai manje2 meraung tengah malam atau teresak dalam tido panggil babah.. Syukur Alhamdulillah. Lega dah part tu, walaupun sebelum tido still mencari babah keliling umah. 


Kat tempat keja? Alhamdulillah minggu depan ade 2 orang baru masuk keja. Harapan dan doa, mereka bertahan hingga ke ujung nyawa..! Haha! Bukan ape, bak kate orang yang dah lame keja sini, yang tak bape kerat tu ‘orang tak waras je yang bole bertahan lama kat department ni!’.. Tapi mama hakim still waras ekk J dan masih cuba bertahan J skang ni pun tengah duk curi2 mase..hihi. Tak baik kan.. Sila jangan tiru aksi mencuri ni!


Oh lagi satu, Alhamdulillah.. Setakat mama hakim menaip ni, Blog Towmater dah ade 60 orang followers.. Terima kasih tak terhingga sebab sudi bace bebelan mama hakim!!



Sampai jumpe lagi..wassalam.

Monday 25 June 2012

BLOGGER PETITE..!

Assalamualaikum..

Malam tadi kul 9 kat tibi 9 ade rancangan Safiyya. Mama hakim suka nengok rancangan tuh. Kalau tak sempat (mata dah terpejam dulu) mesti tengok siaran ulangan Ahad kul 6.30ptg pulak. Rancangan tu biase nyer akan kenalkan blogger2 yang memang dah terkenal atau pun yang buat bisnes.

Malam tadi ade ade cite pasal Petite Fashionista. Petite ni makne nyer saiz yang kecik molek gitu. Yang paling mama hakim teruja bila blogger yang mama hakim minat even sebelum start berblogging, Safiyya jemput Yuyu Zulaikha. Cumell betul budak Yuyu ni. Suara pun kecik macam saiz badan dia..heheh. Cara dia bercakap bersahaja dan humble je even dia ni memang blogger terkenal. Penah dijemput dalam rancangan Generasi Y, mama hakim tak tengok. Pastu rancangan kat tibi Alhijrah pulak.

Suka la kat budak Yuyu ni. Kecik molek! Kalau ade kat depan mata macam nak cubit2 je pipi dia ..hehehe. Alaa.. Yuyu bukan baca pun blog mama hakim nih, blog mak2 yang tak abis2 cite pasal anak je hihihi.. Korang cuba jenguk blog dia, follower je dah nak cecah belas2 ribu tau. Mungkin cara dia menulis tu yang buat mama hakim suka baca. Cara dia memberitahu keterujaan dia buat kita pun teruja..hihi. Takmo cite panjang2 lah. Korang bacalah sendiri ye J



p/s: Akak mintak izin share gamba Yuyu ye..


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Friday 22 June 2012

MENGUBATI KERINDUAN SI ANAK PADA SI AYAH

Assalamualaikum..

Bagaimana la agak nyer ye? Sebenar nyer mama hakim pun tak sangka Hakim akan merindui babah dia semacam ini. Sangat2 kesian tau tengok dia cari babah tiap2 ari tiap2 malam.. Mama hakim tak sangka Hakim akan serapat ini dengan incik joni. Kalau korang ade bace kat SINI, korang pun akan tau yang Hakim memang ‘tak membesar’ dengan suara babah dia. Hanya doa dan ingatan yang jadi penghubung antara si anak dan si ayah. Bila mama hakim cite kat incik joni, dia pun agak pening memikirkan perangai si anak yang satu ni. Tapi inilah cara incik joni mencari rezeki untuk keluarga, jadi rela atau tak memang kena berjauhan ngan anak terchenta.


Malam tadi alkisah nyer.. Hakim tak berapa lena tido. Dalam tido dia menanges sambil panggil ‘babaaahh’. Hati ibu mane yang tak sayu.. So mama hakim paksa diri bangun dan temankan dia sekejap. Sambil duduk sambil tepuk2 dia sambil pujuk2 suh tido balik. Tapi bukan sekali tau, beberapa kali! Bila dah tak larat nak bangun, mama hakim pujuk dia berkasih sayang. Akhir nyer lepas azan subuh baru Hakim betul2 lelap. Dan akhir nyer juga mama hakim pun terlayang , sedar2 lagi 10 minit kul 7!!! Ni bukan subuh gajah lagi dah, ntah subuh badak agak nyer.. (sian plak gajah dan badak dipersalahkan huhu).


Disebabkan sampai opis tadi keja dah beratur amik nombor untuk disiapkan, mama hakim hanya dapat menyiapkan karangan darjah 4 ni je ye. Kalau ade tips2 menawrikk nak share silalah bagi. Tips untuk mengurangkan kerinduan, ade tak? Hehehe.. Ataupun tips untuk tidak tersengguk-sengguk depan komputer ni ha.. Aduiyai lah mata, tolong lah bekerjasama dengan tangan ye.


Sampai jumpe lagi..wassalam.

I AM NOT PERFECT #12

Assalamualaikum..


Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Pesanan Abdullah bin Ja’far bin Abi Talib kepada puterinya,

“Jangan sampai engkau cemburu buta, kerana itu adalah kunci penceraian. Jauhi banyak mencela dan menegur, kerana ia akan mengakibatkan kebencian. Pakailah celak kerana itu adalah hiasan paling menawan dan wangian yang paling baik adalah air”



Sampai jumpe lg..wassalam.

Wednesday 20 June 2012

DIA DAH TIDUR.. SSHHH!

Assalamualaikum..

Sepanjang ketiadaan incik joni, ni la kali pertama Hakim tido sebelum berita TV9 abes.. Tido berbantalkan kain pelekat babah..

Mujur nyer mama hakim dah bagi dia makan sebelum maghrib tadi. Dinner kami malam ni makaroni goreng je ditambah dengan nugget ayam. Moga lena si anak terlangsung sampai ke pagi. Walaupun tau memang tak mungkin lah kan. Hakim mesti bangun mintak susu, tiap-tiap malam pun. Mata mama hakim pun dah terasa berat nyer sementara tunggu isyak nih! Bahana tak cukup tido melayan si anak nak bermanje.

Sampai jumpe lagi..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 17 June 2012

KEPENATAN...!

Assalamualaikum..

Lokasi sekarang kat umah maklong Hakim.. Saje bawak dia ke sini, bole la dia main ngan sepupu2 dia yang 6 orang nih. Hakim bangun tido kul 8 pagi tadi, kul 11 sampai sini dan kul 2.30 dia dah terlelap. Kepenatan berlari dan bergelak ketawa ngan sepupu2 dia.

Mama hakim? Duk bergolek sebelah Hakim sambil tengok Nona.. Oh kat sini Hakim ade sepupu yang baru je genap umo 2 tahun ari jumaat 15 Jun yang lepas. Gamba yang bawah tu. Pesaing hebat Hakim nih, asek berebut mainan je..

Sampai jumpe lagi..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 16 June 2012

MEMANG DIA RINDU...!

Assalamualaikum..

Alahai Azizul Hakim.. Mama kesian tengok awak.
Malam tadi Hakim mencari-cari babah..
Dalam bilik, luar bilik sampai ke pintu depan di ketuk nyer.
Betul lah dia rindu ngan babah..
Sambil ketuk pintu sambil panggil babah..


Dulu masa kecik2 pun Hakim rindu bila babah takde.
Tapi masa tu Hakim tak tau cakap, tak tau mencari..
Cuma tengok muka babah melalui video call..
Cuma dengar suara babah melalui henpon..
Mama kesian tengok Hakim..
Mama lipat kain pelekat babah, Hakim peluk masa tido..





Cane nak bagitau Hakim ni..
Babah takde, gi keja kat Sabah..
Lambat lagi babah balik.. Bulan depan 17 haribulan..
Hakim sayang, sabar ye..
Nanti mama amik kain pelekat babah bagi awak..

Tapi kalau awak rindu gak,
kita mintak babah belikan tiket flight..
Kita terbang gi Kota Kinabalu..hihi.

Bole tak babah?? Hihihi..


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Friday 15 June 2012

HIM..

Assalamualaikum..

Call me crazy..

Call me freak or weirdo..

Call me whatever u want..

But i always bring anything that belong to him in my handbag wherever i go..

Can u see his little socks??

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

TAKING A BREAK...!

Assalamualaikum..

Yes I am taking a break but not from work but blogging. You all may not be reading latest entry from me but I will once in a while reading all your entry in my bloglist.


This month going to be H**L for me at work and at home. At work, one girl already resigned end of last month and another girl is taking a long leave till I don’t know when she will be back. I need to back up these two girls until their bosses find new replacement! One is already mountain of works then you all can imagine how I have to carry another two mountains at my back! The thing with boss is they can simply ask you to do tasks without realizing that we are already having our own. Nak cakap banyak2 pun dia boss kan. Bila lambat sikit mula nak bebel2 manje cakap kita slow buat keja. Kalau nak laju, sila cepat2 cari orang baru ye!!


Kat umah tu korang pun dah tau. Terpakse layan kerenah Hakim yang asek nak bermanje tak kena tempat..hihi. Terus terang, mama hakim memang tak cukup tido. Entah ape punca Hakim jadi macam tu pun mama hakim tak pasti. Rindu babah?? Mungkin gak tapi baru 3 ari kuttt!! Cane mama hakim nak hadap lagi 37 ari? So skang ni sedaya upaya sepenuh tenaga cuba menumpukan perhatian kepada 2 perkara ini saje. Kalau sempat, mama hakim akan mengepos satu dua entry pendek J sebab kat umah jangan harap le nak hadap laptop, henpon pun susah tau!

Doakan semuga semua nyer dipermudahkan ye.. Insya Allah! Allah Maha Mengetahui kan J


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Wednesday 13 June 2012

FIRST NITE WITHOUT HIM..

Assalamualaikum..

Ni name nyer entry ngengade..heheh. Macam la sebelum ni tak penah kena tinggal. Cuma kali ni perasaan ngade tu lebey skit!

Harap sangat Hakim tak banyak ragam. Aksi manje2 tu wajibla ade, acah2 takmo gi umah pengasuh, asek nak bergantung berkasih sayang dan yang latest asek lah nak suh bukak peti ais. Mungkin sebab dia tau kat dalam tu ade calci-yum, dutchlady kid, jelly dan of kos askem untuk mama.. Letih melayan kehendak yang tu!

Bab makan tak kesah sangat, Hakim makan ape saje yang mama dia makan. Jangan babah cakap awak kurus bila dia balik nanti sudahlah. Mama kurus takpe..heheh.

Hakim, awak rindu babah tak? Jap lagi kita call babah ye. Tunggu babah abis keja. Gamba latest yang dirakam ari isnin lepas kat Kids Funland KFC KLIA.

Sampai jumpe lagi..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum..

Bila di kampong…
Lena nyer awak…
Padahal umah kita takde buai pun…


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Tuesday 12 June 2012

GREEN APPLE CELERY @ SECRET RECIPE

Assalamualaikum..

Ari sabtu lepas mama hakim berdua lunch kat secret recipe. Amik set menu tomyam spagetti ditambah kek absolute choc ngan air apple celery untuk Hakim.

Kalau orang tengok memang nampak macam mama hakim ni tak berhati perut kan.. Selambe biar anak minum air sejuk camtu even mama hakim mintak ais kurang. Bukan nyer mama hakim tak penah kena tegur, ade gak beberapa kali disindir oleh mama2 lain. Lain orang, lainlah cara nyer kan.. Insya Allah dalam masa yang sama mama hakim tak penah abaikan kesihatan Hakim.

Sampai jumpe lagi..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 9 June 2012

BONDING TIME..!

Assalamualikum..

Oh I just love this moment. Its been quite some time since we last had real mother-son moment. The time when only two of us doing things together..hehe. Incik joni jangan jeles ye..

Plan semalam nak keja ari ni tapi pepagi ujan plak terus terbantut niat nak gi opis. Incik joni gi Singapore dah awal tadi so tinggallah mama hakim 2 beranak kat umah. Lepas siap jemur baju yang dimesin malam tadi mama hakim panaskan baki mee goreng. Bila tengok hakim dah rimas2, mama hakim pun terus mandikan dia. Rindu nyer rase nak belek2 budak bijak ni. 5 ari bukan mama hakim yang mandikan, tu yang rase macam lame benar tak luangkan masa tengok dia.

Lepas gosok gigi, mandi & syampu bermula la satu lagi saat yang paling mama hakim suka, pakaikan baju. Sebelum pakaikan baju, mama hakim masih lagi akan urut badan hakim ngan minyak baby johnson. Hakim pun tau je nak meniarap terus bila nampak mama hakim amik minyak. Mama hakim urut belakang dia dari bahu sampai kaki. Pastu bila dia terlentang, mama hakim start urut dari muka, bahu, tangan, badan sampai ke kaki. Hakim pun enjoy je bila kena urut... Pas sapu bedak dan pakai baju, lagi sekali mama hakim picit2 skit badan dan kaki dia.. Jangan kuat2 tau, picit2 manje gitu. Lepas siap semua, haruslah hakim mintak berkasih sayang dulu. Memang dari kecik lepas mandi je hakim mesti mintak dulu. Kadang2 sampai tak menyempat nak pakaikan baju..tapi itu dulu.

Dalam kepala otak skang ni sibuk merancang ape aktiviti yang nak dibuat bersama ari ni sementara tunggu incik joni balik petang kang. Malam ni pulak nak balik kampung, sebelum incik joni outstation next week. Mujurnyer incik joni akan balik sebelum start puasa nanti.

Sampai jumpe lagi..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 8 June 2012

MILO OH MILO..

Assalamualaikum..

Gini ler gaya si budak Hakim bila mama hakim singgah kedai lepas amik dia. Hajat hati nak goreng mee je malam ni tapi incik joni lum balas sms lagi. Haruslah di tanya dulu, kalau2 boss takmo makan mee tak ke haru nak masak nasi plak..hehe. Hakim plak macam biasa akan mengepau mama dia sebarang dua benda. Selalu nyer mama hakim belikan susu kotak dutchlady ataupun milo. Tapi disebabkan kedai tu takde air kotak, terpakselah dibelikan yang tin.. Tersenyum puas ati tau dapat mengepau mama. Kalau tidak dilayan maka akan terdengarlah raungan beserta aksi meronta takmo naik umah. Seksa nak mendukong budak nih naik ke tingkat 3!! Oklah nak siang2 bawang selongkar peti ais dulu ni.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

WEEKLY..

Assalamualaikum..

Weekly progress report = weekly headache!

Sakit tengkuk ngadap nih! Cepat la siap wahai report...


Sampai jumpe lagi..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

I AM NOT PERFECT #11

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Cinta kepada suami itu bukanlah sekadar kata-kata manis yang dibisikkan ke telinganya, hingga membuat hatinya berdebar kegirangan. Cinta sejati adalah ketika para isteri berjaya menautkan hatinya dengan akhirat; ketika para isteri berjaya membuat hatinya mencintai Allah dengan begitu mendalam; ketika para isteri dapat menanamkan rasa takut kepada Allah dalam jiwanya; dan ketika para isteri menyokong suami dalam membuat kebajikan.


Sampai jumpe lg..wassalam.


Thursday 7 June 2012

BABY LAA SANGATT..!

Assalamualaikum..

Ntah ape percubaan yang dilakukan oleh Hakim. Tetiba duk selongkar box yang tersimpan socks & mittens masa Hakim baby dulu.. Pastu siap pakai, merangkak lah bergulinglah buat gaya ala ala baby berusia 2 bulan plak..

Hakim, awak dah nak masuk 2 tahun tau. Mama tengah menghitung hari nak beli ice cream cake BR ni. Mama plak yang tak saba..haha!

Tapi rindu pulak dengan Baby Hakim yang lahir 1 Julai 2010..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

MELAMPIASSS...!

Assalamualaikum..

Mama hakim sangat penat. Penat otak, penat hati dan penat badan jugak. Tapi disebabkan sesetengah orang tak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan, terpaksa mama hakim pulak menyesuaikan diri dengan kehendak dia. Agak tidak adil di situ. Takpelah, Allah Maha Mengetahui. Mama hakim doa sangat2 agar di beri kekuatan fizikal dan mental untuk teruskan semua ni. Mama hakim bersyukur dengan keadaan sekarang, kerja, family, diri sendiri.. tapi bila ade yang ambil kesempatan, rasa macam..


Ya Allah moga terus di beri kekuatan untuk semua ini.

Kuatkan semangat untuk melakukan segala nyer dengan ikhlas..

Kuatkan hati untuk terus redha..

Kuatkan perasaan untuk menahan amarah..

Kuatkan minda supaya sentiasa dapat berfikir sebelum bercakap..

Agar tidak terluah perkara yang tidak sepatutnyer dikata..


I’m not a mentally strong person. Almost everyday I pour all my heart out to incik joni. Kesian ngan dia sebab terpakse dengar bebelan mama hakim, but I need to. I cant just simply tell anyone, not that I don’t trust them but I think its too personal to share. But now I do feel a bit relieve because I can jot down what I feel here in this Blog eventhough not in details.


Sampai jumpe lagi..wassalam.

Wednesday 6 June 2012

WORLD’S MOST EXPENSIVE DIAMOND!

Assalamualaikum..

Tak abis lagi cite pasal berlian ni..
Berlian paling mahal dalam dunia, yang inikah? 35.56 carat, $23.4juta


Atau yang ini? 24.78 carat, $46juta



Tapi bagi mama hakim berlian yang satu ni tak boleh di nilai dengan carat ataupun uwang berjuta.. Berlian ni selalu buat mama hakim terkenang-kenang dan tersenyum-senyum sendiri J




Hakim.. Mama rindu awak lah!



p/s: takde WORDLESS WEDNESDAY ari ni, sebab jari masih ligat nak menaip J


Sampai jumpe lagi..wassalam.

HAPPY BIRTHDAY DEAR FRIEND!!

Assalamualaikum..



Selamat Hari Lahir YM.. walaupun mama hakim tak tau yang keberapa.


Siti Ayu Zuati, poem ni untuk awak.


A strong woman works out every day to keep her body in shape ...
 but a woman of strength kneels in prayer to keep her soul in shape...

A strong woman isn't afraid of anything ...
 but a woman of strength shows courage in the midst of her fear...
A strong woman won't let anyone get the best of her ...
 but a woman of strength gives the best of her to everyone...
 
 
A strong woman makes mistakes and avoids the same in the future...
 a woman of strength realizes life's mistakes can also be God's blessings and capitalizes on them...
A strong woman walks sure footedly ...
 but a woman of strength knows God will catch her when she falls...


A strong woman wears the look of confidence on her face ...
 but a woman of strength wears grace...
A strong woman has faith that she is strong enough for the journey ...
 but a woman of strength has faith that it is in the journey that she will become strong...

 

Sampai jumpe lagi..wassalam.

Monday 4 June 2012

NTAH NAK LETAK TAJUK APE!!

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas kami dinner kat luar, agak lewat jugak. Kul 10 baru sampai kedai. Disebabkan incik joni sakit tekak, dia ngade nak makan bubur nasi. So kami ke Restoran Night Circle kat Seksyen 11 Shah Alam. Kat situ bubur dia memang best!!
Pastu lepas makan saje bawak Hakim ronda2 nak sejukkan badan. Dari Shah Alam pusing ke Sunway dan ke Taman Medan.. Ade hajat lain sebenar nyer..hehe.

Bila dah nampak tempat nak dituju, incik joni terus berhentikan keta kat tepi jalan. Mama hakim dukung Hakim yang dah terlena kat bahu. Jam dah dekat tengah malam tapi mata kami tetiba segar je. Nak tau kami nampak ape?

-
-
-
-
-

-

-

-

-


Yang ni dah selamat dikorbankan sebaik saje sampai kat umah. Pakcik yang jual tu sangat baik, kami beli 2 biji, dia bagi lagi sebiji J Baikk kan? Semuga murah rezeki pakcik tu..
Sengaja cari pasal nak panaskan badan di musim panas nih kan. Mama hakim tak bole tido sebab kepanasan, siap salahkan t-shirt plak tak telus angin!

Sampai jumpe lg..wassalam.

DEVELOPMENT OF A TWO YEARS OLD BOY..

Assalamualaikum..

Tak lama lagi Azizul Hakim bin Dzulkhairi akan berumur genap 2 tahun J Senang nyer dalam hati bila dapat tengok Hakim membesar dengan sehat dan aktif. Membesarkan seorang anak memang banyak dugaan dan cabaran nyer. Yang penting mama hakim dan incik joni sentiasa berusaha memastikan segala yang terbaik buat si anak terutama keperluan fizikal dan mental, jasmani dan rohani. Semua ibubapa nak anak mereka membesar menjadi insan soleh dan taat, berguna dan berjasa pada agama dan bangsa kan.. Jauh nyer mama hakim merepek. Sentimental plak tetiba..

Perkembangan si kecil berusia 2 tahun pasti nyer membuatkan hati mama2 dan papa2 rase seronok sangat2. Si kecil berusia 2 tahun sudah boleh mula berkomunikasi dengan kita. Dia dah mula belajar perkataan baru, membuat ayat dan dapat memberitahu kehendak hati dengan lebih baik. Dia akan mula bercerita tentang diri nyer sendiri, aktiviti yang dilakukan, ape yang dia suka dan tak suka. Masa ni juga akan timbul konflik sekira nyer kita tak perasan dengan apa yang cuba si kecil sampaikan jadi cuba2 la galakkan si kecil bekerjasama dengan kita J

Masa ini juga kita bole bawak si kecil untuk periksaan kesihatan dan bole la kalau nak tanye 1001 soalan kat doktor/jururawat yang bertugas. Selepas itu, kena buat pertimbangan untuk diapers-free atau toilet training. Nanti mama hakim terangkan details pasal toilet training ye.



Untuk perkembangan Hakim setakat ni, dia seorang yang cepat meniru perbuatan orang lain terutama perbuatan rakan sebaya. Percakapan mama hakim dan incik joni juga terpakse dikawal sebab ade je yang dia akan ikut sebut. Bila pegi tempat yang baru, Hakim akan jadi ‘little explorer’ dengan penuh keterujaan. Hakim juga dah mula mengenal binatang, walaupon lum penah gi zoo sebab Hakim kenal binatang dalam Ipad je J so zoo dah masuk dalam list untuk family trip!



Hakim sangat cepat belajar dan mudah faham arahan. Mintak tolong amikkan remote tibi, simpan mainan, tutup tibi, gi mandi dan banyak lagi lah arahan dari mulut mama hakim yang tak reti diam nih..hihi. Yang penting kena bagi Hakim paham tindakan mane yang positif, mane yang negatif. Part tu memang agak memeningkan kepala! Semuga mama hakim dan incik joni dapat menjalankan amanah Allah yang satu ni dengan baik.




p/s: bulan yang sangat sibuk dan semak.. Incik joni kena gi Sabah pulak!


Sampai jumpe lg..wassalam.

Saturday 2 June 2012

DIAMOND OF MY HEART..

Assalamualaikum..

Semalam mama hakim gi makan steamboat kat Kg. Melayu Subang. Lepas keja terus gi amik Hakim dan pecut ke sana. Budak yang sangat baik ni pun makan steamboat gak.

Hakim, awak sangat sweetlah. Pandai menghibur dan mengambil ati. Tak rugi mama makan ABC ngan cendol ari2 mase ngandungkan awak..heheh. Dalam ati mama, awak umpama berlian yang tak dapat dinilai tau. Hadir nyer awak membuatkan hidup mama lebih bermakna dan berseri-seri. Nak tido, senyum2 tengok awak kat sebelah. Bangun tido pun senyum2 nampak awak. Syukur Ya Allah atas nikmat Mu ini.

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 1 June 2012

MY LIFE SAVER..

Assalamualaikum..

The only thing that will keep me sane in this hectic workload! The smell will surely make me smile again.

So no more blogging, no blogwalking and no more facebook for a while..

Sampai jumpe lg..wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

I AM NOT PERFECT #10

Assalamualaikum..

Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Wanita ideal adalah yang menjadikan para isteri Rasulullah dan sahabat sebagai suri teladan dan dia berjalan di atas jejak langkah mereka.
(Sumber : Buku tulisan Dr. Najah Ahmad Az Zhihar)

Sampai jumpe lg..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger