Pembaca Blog Setia

Monday 30 June 2014

Promosi Jun 2014 : Kenapa Vitamin E Digelar Vitamin Cinta Vitamin Jelita?

Entry ni akan melekat di atas sehingga akhir Jun 2014.
Scroll bawah untuk entry terbaru ye.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salam ceria salam bahagia buat semua pembaca Blog Towmater.

Sempena bulan Jun 2014 yang juga ada sambutan Parent’s Day dan Father’s Day, Shaklee juga membuat promosi yang tak kurang hebatnya. Vita E Complex beli 6 percuma 1. Kenapa Vita E di bulan Jun? Sebab Vitamin E ni sangatlah sesuai untuk dijadikan hadiah buat mak ayah ataupun suami. Untuk diri sendiri? Dah tentulah sangat-sangat sesuai..!! Vitamin dan supplements Shaklee takde jantina ye. Semua jenis pun wanita atau lelaki hebat boleh makan dan menikmati kebaikannya.

Antara kelebihan Vita E Complex ni, korang bole terus klik kat


Kalau rasa kurang paham atau nakkan KONSULTASI SEPENUHNYA, jangan segan-segan hubungi mama hakim ye.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 25 June 2014

Tatacara Dan Syarat-syarat Berdoa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Dah tak lama lagi kita nak menyambut Ramadhan Al Mubarak kan. Bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bulan yang mana setiap amalan mendapat pahala yang berganda tau. Ramai yang mengambil kesempatan menambah amalan dan mengumpul pahala di bulan Ramadhan ni. Antaranya kita bole perbanyakkan berdoa dan berzikir.

Berdoa dan meminta adalah dua perkara yang berbeza. Dengan berdoa, kita merayu, merintih dan memohon pada Allah s.w.t. tetapi dengan meminta, kita seolah-olah memaksa dan tergesa-gesa. Mama hakim nak kongsikan syarat-syarat berdoa kepada Allah s.w.t. agar menjadi panduan dan bermanafaat buat kita semua.

Yang pertama, pastikan kita dalam keadaan suci dan berwudhu’ dan dalam keadaan menutup aurat. Adalah lebih afdal jika kita menghadap ke kiblat ketika berdoa. Berdoalah dalam keadaan yang khusyuk dan tawaduk, memohon dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Mulailah setiap doa dengan puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Selepas itu berdoalah dengan penuh pengharapan dan yakin bahawa doa tersebut akan dikabulkan. Akhiri doa dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi. Jika berdoa dalam Bahasa arab, adalah sebaik-baiknya kita mengetahui isi dan makna di sebalik doa tersebut.


TEKNIK BERDOA


Moga perkongsian ini dapat memberi manafaat pada semua. Perkara baik wajibla dikongsi, kan..!


Sampai jumpa lagi..wassalam

Tuesday 24 June 2014

Cara Mudah Kempiskan Perut Dengan Herblax Tetapi Awas Kesan Sampingan Lain!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Awal bulan hari tu, mama hakim mula berkenalan dengan satu lagi produk Shaklee yang menjadi rebutan ramai. Rajin benor Out Of Stock tau..huuu. Sebenarnya mama hakim dalam proses nak bersihkan usus, nak detoks segala yang tak perlu dalam badan. Jadi HERBLAX ni memang pilihan yang tepat. Tapi dalam masa yang sama, mama hakim juga menjalani proses detoks secara semulajadi. So mama hakim nak ceritakan kisah mendetoks dan kesan yang mama hakim dapat.


HERB-LAX


Apa kelebihan Herblax ni? Bagaimana dia berfungsi? Meh mama hakim share kat sini.

· Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh
· Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
· Membantu masalah sembelit
· Mengempiskan perut
· Melawaskan pembuangan air besar.

Selain dari Herblax, mama hakim juga minum jus lemon dan epal hijau. Cara penyediaannya mudah je. Samada dihiris dan dicampurkan dalam sebotol air masak yang sejuk (infused water) ataupun blend je buat jus. Mama hakim amalkan minum jus lemon tiap pagi masa perut kosong, lebih kurang lepas subuh. Epal hijau pulak mama hakim buat snek di petang hari.. Tapi dalam seminggu pertama tu memang mama hakim jaga makan gak. Langsung tak sentuh makanan bergoreng, sambal dan cili. Seksa la jugak sebab mama hakim memang suka makan pedas!

Ambil jalan mudah, makan bubur je dan buat sup sayur. Protein? Mama hakim dapatkan dari ESP Shaklee je. Actually lega sangat rasa badan dan perut bila buat detoks ni. Memang badan rasa lebih ringan dan perut tak buncit/berangin. Dengan Herblax ni korang takyah risau akan selalu ke toilet tau. Sebab dia ‘bertugas’ selepas 8-12 jam without fail, on time je. So korang bole bajet kul bape nak telan, kul bape nak membuang nanti..hahah. Eh! Tapi ni serius tau..best kan!

Ok skang ni nak cite kesan sampingan yang mama hakim dapat bila mendetoks. Sejak mama hakim muda remaja sampai la dah jadi mak orang, jerawat ni memang rajin datang singgah kat muka tau lebih-lebih lagi time period, bertambah meriah tau. Tapi untuk bulan ni, sebijik pun takde. Betul ni bukan cite rekaan..hahah. Terkejut sangat-sangat sebijik pun takde datang. Bila cakap kat Incik Joni, dia kata maybe sebab mama buat detoks tu kot. Woww! Tak sangka kesannya sampai ke muka! Even parut-parut pun pudar gittew.. skin complexion nampak lebih baik tau.

Jadi selain perut yang lebih rata, angin dalam badan berkurang, usus yang lebih bersih dan mudah menyerap nutrient, mama hakim juga dapat BONUS kulit yang lebih cantik. Bukan kat muka je, tapi seluruh badan. Ohh lalalalaaa.. persediaan untuk bulan Ramadhan dah jadi persediaan untuk Syawal sekali pulak. Hihihi.. Yang penting kena buat dengan disiplin okeh. Lepas ni takyah dah amik Herblax tiap hari, seminggu 3 kali dah cukup.

Usus yang bersih dan sihat ni penting tau korang.. Agar semua khasiat dan nutrient semua makanan dapat diserap dengan baik. Kalau ada sesiapa yang nak dapatkan KONSULTASI pasal detoks mendetoks ni boleh hubungi mama hakim ye. Anytime je tak kisah. Perkara baik wajiblah dikongsi bersama, kan..!

NAK BELI SEKARANG? KLIK DI SINI YE.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Bila Si Chentahati Taknak Gi Taska

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari ni, pagi-pagi lagi dah bersilat kat dapur..hahaha. Suka mak mak guna istilah ‘bersilat’ ni kan. Alkisahnya si chentahati takmo gi taska. Bangun tido pagi tadi terus cari abah dia ‘mama..abah mana?’ Lepas tu bila suruh dia bangun mandi selamba je dia jawab ‘hakim taknak pegi sekolah la mama, hakim nak duk umah je ni. Mama buat milo anash (panas) ye’ Amboiiii siap tambah order okey! Sabo je mama dia ni.

So sebab tu la mama hakim terus ke dapur. Buatkan milo pastu terus keluarkan ikan dan ayam (sebab takde idea nak masak apa). Lepas siap cuci beras, letak kat cooker, mama hakim buat sup cendawan dulu. Jangan tak tau, hidangan yang lengkap untuk Azizul Hakim MESTI ada sup, sayur dan ikan/ayam. Kalau tak cukup, jenuh nak jawab kat dia.. Tengok dalam peti sejuk ada meatball, so masukkan sekali dalam sup cendawan.

Azizul Hakim ni jenis yang pemakan. Asal saja kena dengan selera dia. Mujurlah setakat hari ni masakan mama dia diterima..haha. Dah ada favorite dish pun tau, antaranya daging black pepper, sambal ikan bilis kering, ayam goreng mama (sebab resepi sendiri je..hihi), sup sayur dan bebola, sambal sardine.. Kalau ada lauk-lauk ni memang makan bertambah-tambah. Membuang pun berkali-kali..hahaha.. Sikit sangat yang dia simpan kot, pasal tu la badan menten je gitu.

Masa untuk buat kerja, siap pesan dah ngan Hakim ‘jangan kacau mama buat kerja tau’ jawab dia ‘okey mama.. mama duduk je. Hakim tak kacau’. Harap bertahan lah..tapi rumah dah pastinya macam tongkang pecah! Hihihih..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 20 June 2014

Tragedi Di Gerai Nasi Lemak.. Ini Semua Sebab Shaklee!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Semalam dan hari ni, mama hakim tak hantar Hakim ke taska sebab dah beberapa hari dia batuk. Mama hakim takmo dia jangkitkan pada yang lain dan takmo dia main sampai tak ingat dunia, risau batuk bertambah teruk.. Ohh tak mampu nak ulang kesannya macam bulan lepas.

Pagi-pagi lagi, Azizul Hakim dah cakap ‘mama, akim lapa acik mak’. Amboiii kemain lapa nasi lemak katanya.. Hakim memang macam ni, kalau dia nak apa-apa dia akan cakap ‘akim lapa kek la mama’ atau ‘akim lapa roti ni mama’. Jadi gigihla kami berdua keluar pagi-pagi (gi taska pun tak seawal tu tau..haha) gi cari nasi lemak yang sedap.

Mama hakim gi gerai yang dah biasa pegi setiap kali lepas anta hakim ke taska sebab nasi lemak makcik tu memang sedap dan kena dengan selera. Tengah tunggu turn, si chentahati ni berlegar-legar la kat gerai tu. Tetiba pakcik nasi lemak (PNL) tu bersuara ;

PNL : Ni mana maknyer ni?

Mama hakim buat muka konpius.. Eh! Pakcik ni marah ke sebab kubiarkan Hakim berkeliaran kat situ?

MNL : Mak ko mane dik? Keja ye?

Lagi la bertambah konpius.. Makcik nasi lemak (MNL) ni cakap ngan Hakim ke?

MNL : Rajin ko ye bawak adik gi beli nasi lemak.. (sambil pandang mama hakim)

Lorrhhh..rupa-rupa nya PNL ngan MNL tu cakap ngan mama hakim. Ade ke patut dia ingat mama hakim ni KAKAK Hakim?? Hahahhaaa… sila gelakkan daku beramai-ramai!

Mama hakim pun takmo la menyebabkan kekeliruan lagi, terus je bersuara ‘Makcik, ni anak saya. Saya la maknye..umur saya dah lebih 30 pun’ sambil tersipu-sipu. Hahahahaha..

MNL : Laa selama ni acik ingat ko ni belum kawen. Datang sorang-sorang beli sebungkus je.

PNL : Untung la macam tu, dah ada anak pun orang ingat ko belum kawen dik.

Alalalalaaa…sweet sangat PNL ngan MNL ni tau. Dah la nasi lemak sedap, pandai amik ati customer plak tu..kikikikiii.. Jenuh pulak kita nak explain, dorang tak perasan mama hakim bawak kereta sebab parking agak jauh.

Ini semua..Shaklee punya pasal tau! Terpaksa jadi awet muda sebab Shaklee. Banyak sangat makan Shaklee, ni la kesannya..hahahha



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 18 June 2014

Pengalaman ohSem Seorang Mama

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Pengalaman menjadi seorang mama, mak, ibu, ummi memang tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit ataupun sesuatu benda. Takde yang lebih bernilai dan berharga daripada melalui pengalaman seorang ibu kan..



image



Walau apa pun keadaannya, it is an AWESOME experience.

p/s: mula la gatai nak rindu-rindu zaman Azizul Hakim baby, zaman dia tak tido malam, zaman dia kencingkan mama sebelum sempat pakaikan pampers, zaman dia asek mengempeng je..wuwuwuuu.


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 17 June 2014

Celine Dion - That's The Way It Is

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Lagu ni sangat memberikan inspirasi. Lagu ni lagu lama masa Celine buat comeback lepas bersalin kalau tak silap, tapi lirik dia seolah-olah menggerakkan sesuatu dalam hati ni. Kebetulan dengar kat radio dalam kereta tadi. Suka sangat ngan Celine Dion ni pun. Suara dia memang superb kan.. So mama hakim abadikan lirik lagu ni dalam blog TowMater.


"That's The Way It Is"

I can read your mind and I know your story
I see what you're going through
It's an uphill climb, and I'm feeling sorry
But I know it will come to you

Don't surrender 'cause you can win
In this thing called love

WHEN YOU WANT IT THE MOST THERE’S NO EASY WAY OUT
WHEN YOU’R READY TO GO AND YOUR HEART’S LEFT IN DOUBT
DON’T GIVE UP ON YOUR FAITH
LOVE COMES TO THOSE WHO BELIEVE IT
AND THAT’S THE WAY IT IS

When you question me for a simple answer
I don't know what to say, no
But it's plain to see, if you stick together
You're gonna find a way, yeah

So don't surrender 'cause you can win
In this thing called love

WHEN YOU WANT IT THE MOST THERE’S NO EASY WAY OUT
WHEN YOU’R READY TO GO AND YOUR HEART’S LEFT IN DOUBT
DON’T GIVE UP ON YOUR FAITH
LOVE COMES TO THOSE WHO BELIEVE IT
AND THAT’S THE WAY IT IS

When life is empty with no tomorrow
And loneliness starts to call
Baby, don't worry, forget your sorrow
'Cause love's gonna conquer it all, all

WHEN YOU WANT IT THE MOST THERE’S NO EASY WAY OUT
WHEN YOU’R READY TO GO AND YOUR HEART’S LEFT IN DOUBT
DON’T GIVE UP ON YOUR FAITH
LOVE COMES TO THOSE WHO BELIEVE IT
AND THAT’S THE WAY IT IS

That's the way it is
That's the way it is, babe
Don't give up on your faith
LOVE COMES TO THOSE WHO BELIEVE IT

And that's the way it is.

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Keikhlasan Dalam Berniaga Atau Hanya Kerana Keuntungan Semata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Mama hakim kan, ade tempat favorite baru tau untuk beli barang basah **itupun nak bagitau ke**. Alkisahnya sebelum ni mama hakim selalu beli kat kedai runcit peniaga Melayu yang sangat dekat ngan umah. Mungkin disebabkan dekat, jadi mama hakim buat tak tau je la dengan keadaan kedai yang agak kotor dan berlalat. Lantainya berair, dan barang-barang tak bape nak fresh termasuk sayur yang layu dan ikan yang sakit mata je.. (fakta sedih) Biasanya mama hakim dapat beli ikan atau sayur untuk dua tiga kali masak je.

Sampaila satu hari, bila tempe yang biasa mama hakim beli dengan harga RM1.20, saiz lebih kurang 4inci x 4 inci (lebih kurang je) menjadi saiz 4inci x 3inci naik harga ke RM1.50. Saiz makin kecik tapi harga makin mahal. Apekah? Sebagai mama yang kuat membebel, terpaksa la Incik Joni tadah telinga dengar mama hakim meluahkan perasaan pasal kedai tu. Abis bebel, Incik Joni cakap ‘gi kedai lain la mama, jauh skit takpe bukan jalan kaki pun.’ Orang laki ni respon dia memang cemtu kan..hihihi.

Jadi mama hakim mula la gi kedai seberang jalan (siap lalu traffic light hokey) untuk cari yang lebih memuaskan hati. Terjumpa dengan kedai yang tokeynya ca ya nun alif **tak berniat nak kondem kedai Melayu tapi ini fakta yang sangat sedih**. First impression, bole tahan kedainya. Padat dan penuh dengan barang tapi tersusun. Ikan dan ayam kat bahagian belakang kedai. Sampai je kat tempat ikan, terus pekerja dia tanya ‘nak tolong siangkan tak kak? Akak pilih je saya siangkan’. Sambil-sambil pilih ikan dan sayur, ada lori sampai anta stok. Tokey dia dengan selamba tolong turunkan barang dan asing-asingkan dengan pekerja lain. Diorang bekerja sambil gelak-gelak ngko.. Nampak macam pekerja dia memang di layan dengan baik.




Pekerja dia memang ramah, siap tolong kumpulkan barang yang kita pilih ke depan kaunter. Kalau kat kedai lama, terjerit-jerit la ngko nak mintak suh siangkan ikan atau nak kelapa parut. Selesai pilih, mama hakim gi kaunter dan tokey dia tanya ‘ini saja kak? Cukup ke ni? Ikan ni tak mau siang?’ Mama hakim angguk dan senyum je. Siap asingkan ikan kat plastik lain yang dilapik surat khabar.Oh lupa, pekerja-pekerja dia Melayu dan Indonesia.

Memang mama hakim tak berniat nak sentuh sensitivity sesiapa mahupun bersiftat perkauman. Tapi kadang-kadang kita dapat tengok cara dan keikhlasan orang lain dalam berniaga. Kita sebagai pembeli dan pengguna mesti la nak dapatkan perkhidmatan terbaik kan.

Dalam hati, terus simpan niat nak jadi seorang peniaga yang disenangi orang lain. Yang ikhlas dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat customer tersayang. Yang baik, mestila dijadikan tauladan kan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 16 June 2014

Berhentilah Membuat Perbandingan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kita adalah yang terbaik yang Allah jadikan sebagai diri kita sendiri. Janganlah kita membuat perbandingan di antara hidup kita dengan orang lain. Allah jadikan kita hari ini sebab Dia tahu kita layak dan mampu memikul tanggungjawab yang diberikan. Jadi berhenti mempersoalkan cara hidup, bilangan anak atau harta orang lain.




Sebenarnya kita ada amanah dan tanggungjawab kita sendiri yang perlu ditunaikan. Laksanakan ia dengan sebaiknya untuk menjadikan diri kita mendapat hasanah (kebaikan) di dunia dan akhirat. Itu adalah sebaik-baik cara kita mensyukuri dan menghargai nikmat Allah. Tipu la kalau mama hakim kata mama hakim tak pernah cemburu tengok orang lain bercuti ke sana ke sini, berbelanja di shopping complex terkemuka dan makan-makan bersama keluarga. Lumrah manusia dilahirkan dengan perasaan macam tu. Cuma, dari sudut positif ye.

Kalau kita salurkan perasaan jelly melly kita tu ke arah yang positif, maka kita akan berusaha sehabis baik untuk mendapat atau buat perkara yang sama jugak. Kita akan bekerja keras demi memastikan kita juga dapat gi bercuti dan berjalan bersama keluarga. Semestinya kita akan menunaikan semua tanggungjawab kita sehabis baik dan sehabis daya.

Jadi, jangan bandingkan dan hina diri sendiri. Ianya seolah-olah kita menghina ciptaan Allah. Ishh ishh..tak baik tu..

Muhasabah serta peringatan buat diri sendiri jugak ni..hihi.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Kenangan Bersama Si Chentahati dan Hospital #Countdown Birthday Azizul Hakim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masih dalam mood countdown ni..hihi. Bertabah la korang membacanya ye. 4 tahun yang lalu, masa mama hakim tengah sarat mengandungkan si chentahati. Kalau korang nak tahu, sebenarnya Azizul Hakim ni masa dalam perut lagi dah pandai membuas tau.. Asek bergerak berpusing sampaikan perut mama dia ni tak berbentuk bulat pun. Doktor pun risau takut terbelit pulak kat dalam tu. Masa buat CTG, mesti dia tending sampaikan susah nak dapatkan bacaan..hihihi. Gamaknya masa tu kan musim FIFA jugak. Tu yang dia galak dah nak menendang bola tu.

Mama hakim duk wad lama jugak. Silih berganti teman sebilik dan katil sebelah. Cuma ade la dua tiga orang yang memang ‘menetap’ dah kat situ sebab uri duk bawah dan jugak diabetes. Seram woo tengok akak tu cucuk sendiri insulin setiap hari..dia selamba je dah biasa. Kenangan gak tu, dapat tengok macam-macam ragam ibu yang bersalin ni. Ade gak yang mengada-ngada (sedap je mengata orang..kikikii) takmo bangun gi toilet sendiri, asek la tekan butang panggil acik misi je. Ada yang mengerang semalaman cakap sakit perut, asek mintak painkiller je. Ade gak yang jenis kuat semangat. Lepas je beranak, selamba kuar masuk toilet sampai tumpah darah pulak.

Si chentahati dalam perut ni pulak, kalau ada baby yang menanges je sepanjang malam mula la dia pun sama restless. Sampaikan mama hakim pun takleh tido, bukan sebab tangisan baby tu tapi sebab pergerakan dalam perut yang tak diam-diam. Pastu bila siang, mula la dua-dua pun pengsan tido je sepanjang hari..hahahha. Nampak tak kat situ? Mak ngan anak sama je perangai!



image


Meh tepek satu gambar terkini, beberapa hari yang lepas. Ada sesiapa nak jadi calon menantu? Masa ni mama hakim tengah ngadap laptop, biasanya dengar suara dia yang bising tu bercakap-cakap sambil main. Tetiba senyap je, uisshh apa dia buat? Rupa-rupanya lipat baju sendiri..Adeh! Tacing mama ni tau nak.. Tak sangka anak mama dah besar, dah bujang. Insya Allah moga diteruskan sampai besar tau. Bolehla ringankan beban bakal isterimu nanti.. *over kan mak dia, umur baru 4 tahun dah pikir pasal menantu..hahahah*



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Sunday 15 June 2014

Majlis Sambutan Hari Lahir Buat Adik Intan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam hujung minggu korang.. Hari minggu yang sangat penuh dan padat. Rasanya sejak bulan Mei ari tu hujung minggu mama hakim penuh dengan aktiviti tau. Lagi-lagi sejak Incik Joni kerja ikut normal hours takde shift dah. Jadinya, hanya tinggal sabtu dan ahad je masa bersama keluarga.

Mama hakim baru balik dari jemputan majlis hari jadi kat Damansara. Majlis yang sederhana tapi meriah. Birthday girl menyambut hari lahir ke 2 tahun. Kan mama hakim penah bagitau, walaupun mama hakim ada seorang je anak lelaki tapi mama hakim sebenarnya ramai anak perempuan..hihihi. Untungnya badan! Alhamdulillah..




Si comel ni, mama hakim last jumpa masa hari raya tahun lepas. Kali pertama jumpa di Hospital Kajang. Tapi yang menyentuh hati mama hakim sebagai seorang ibu adalah si comel ni tetap kenal mama hakim ni tau. Lama dah kot tak jumpa. Tapi bila jumpa, tersenyum-senyum tersengih-sengih dia menyambut. Last mama hakim jumpa si dia, hanya duduk je tapi kali ni dah berlari terkedek-kedek pun! Gerammm nyaa..

Intan Nur Maisarah, baby miracle anugerah dari Allah. Walaupun jarang jumpa, tapi selalu ada dalam hati mama hakim. Semoga adik membesar sihat dan sempurna sebagai anak solehah yang menjadi kebanggaan ibu, ayah, mama dan abah.

Gambar? Ada la tadi 2 3 keping tapi belum di edit lagi..hehehe. Yang lain kita tunggu Ibu Intan yang update nanti. Sabaq naa..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 13 June 2014

Mengimbau Kenangan 4 Tahun Lalu #Countdown Birthday Azizul Hakim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari ni dah 13 Jun 2014.. terasa nak buat countdown untuk birthday si chentahati yang ke 4 tahun pada 1 Julai 2014 nanti. Alhamdulillah..dah besar Azizul Hakim. Dah boleh berdikari, seronok nak ke sekolah dan jugak banyak mulut! Hihihi..

Mengimbas kembali 4 tahun yang lalu, ketika ni mama hakim tengah sarat mengandungkan Azizul Hakim. Tarikh untuk induce pun dah diberi oleh doktor iaitu 28 Jun 2010 dan mama hakim kena register masuk wad sehari sebelum tu. Kenapa kena induce? Sebab mama hakim dah start leaking (air ketuban bocor) sejak kandungan berusia 29 minggu dan sel darah putih lebih tinggi (infection).

Azizul Hakim adalah miracle baby kami. Dia adalah anugerah Allah ketika mama hakim dalam keadaan yang tak berapa stabil, memerlukan sesuatu dalam hidup dan dia lahir sihat walafiat tanpa perlu masuk incubator (seperti yang diberitahu oleh doktor disebabkan oleh infection). Sesungguhnya perancangan dan pelaksanaan Allah itu Maha Sempurna, kan..

Syukur Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday 12 June 2014

Sebab Utama Saya 'Obses' Dengan Shaklee

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari-hari mama hakim update pasal Shaklee.. hari-hari cerita pasal produk Shaklee. Agak-agak korang kebosanan kot? Mama hakim tak bosan langsung..hihihi. Sebab dah jadi tanggungjawab mama hakim BERKONGSI KEBAIKAN dengan semua orang. Itulah tujuan utama mama hakim join Shaklee dulu. Mama hakim berharap boleh bantu semua orang mendapat kehidupan yang lebih baik dan sihat. Sebab bila sihat, banyak perkara yang mampu kita tunaikan. Bila sihat, kerja kita akan berjalan lancar. Bila sihat, badan kita cergas maka otak dapat berfungsi dan berfikir dengan baik.

Jom layan video ni kejap.. alaa kejap je. Video ni menjawab persoalan KENAPA MAMA HAKIM BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN SHAKLEE.




Selain produk yang selamat dan semulajadi, mama hakim ada group dan mentor yang hebat. Mama hakim rasa bertuah sebab jumpa dengan group yang betul. Yang tak jemu membimbing dan bersama-sama memajukan diri dalam Shaklee. Shaklee bukanlah semata upline goyang kaki, downline buat kerja ye. Malah ada downline dah dapat title paling tinggi iaitu Master Coordinator, melangkaui 2 orang uplinenya.. Hebat kan..!! Lagi satu yang mama hakim suka sejuta kali adalah Shaklee adalah FAMILY BUSINESS. Anak-anak boleh join mak dan ayah naik pentas amik award tau..!


MASTERS SHAKLEE


Apa yang paling penting ialah niat dan matlamat kita. Walau apa pun yang kita usahakan, pastikan niat kita adalah seiring dengan tuntutan agama. Jaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia. Tak berniat pun nak bebel panjang-panjang..hihihi.



Sampai jumpa lagi..wassalam. 

Wednesday 11 June 2014

Shaklee National Conference Yang Sangat Happening..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tadi mama hakim tunjuk gambar Mr. President Shaklee je kan.. kali ni mama hakim nak kongsikan video 360 pulak. Wajib tengok ni tau korang.. Betapa happening nya keluarga iReach kami ni..hihihi

Enjoy the video..!!




Mama hakim yang dah bape kali tengok pun tak tahan senak perut ketawa tau..!! Yang penting, Mr. President pun sporting melayan ‘kegilaan, kami ni.. Dalam video ni ade mentor hebat dan juga penaung Group iReach Family kami. Kalau korang pandai, cuba teka yang mana satu..mama hakim banyak kali dah kongsi pasal Master Lyna dan Master Zainul ni.

Teringin nak jadi sebahagian dari keluarga hebat kami? Nak tahu apa maksud ASB? Hubungi mama hakim ye, anytime anywhere.

iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY #11062014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kenangan bersama President Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim masa Shaklee National Conference 2013/2014 minggu lepas di Sunway Convention Center.





Teringin jugak bergambar ngan CEO Shaklee, Mr. Roger Barnett tapi tak kesampaian..hihi



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Mengambil Kesempatan Dalam Kesempitan Diri Sendiri dan Orang Lain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Siapa sini suka ambil kesempatan? Angkat mouse..hihihi. Alaaa malu-malu lak nak mengaku kan, bukan mama hakim nampak pun. Diri sendiri je yang tahu. Sebenarnya kan jika perbuatan ‘mengambil kesempatan’ ni dilakukan pada keadaan yang betul, ianya akan adalah sesuatu yang sangat baik.

Selalu yang kita tahu, kita ambil kesempatan atas kebaikan orang lain kan.. ataupun kita ambil kesempatan bila boss takde, kita mengular ke buat kerja lain ke.. No no no! itu tak bagus ye. Yang mama hakim nak bagitau ni yang baik-baik dan yang bagus-bagus je.. Echeh!! Sambil-sambil mengingatkan diri sendiri jugak. Sebab…bila bosan-bosan mesti kita ni bukak blog sendiri dan baca balik apa yang ditaip! Siapa mengaku angkat mouse lagi..hahahha.

Mengambil kesempatan dalam kesempitan yang mama hakim maksudkan BUKAN lah perbuatan ambil kesempatan ke atas orang lain yang tengah susah atau bermasalah. Mengambil kesempatan dalam kesempitan ini ialah perbuatan menggunakan waktu sempit untuk buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Contoh? Ketika kita sakit, terlantar sebab demam atau sakit kepala, tak mampu nak angkat hatta sebatang jari pun.. apalah sangat yang boleh kita buat, kan? Haa..inilah masanya untuk kita betul-betul muhasabah diri, banyakkan berzikir, istighfar dan berdoa pada Yang Maha Agung.. Kalau tak mampu gerakkan mulut, maka berzikir dan berdoalah dalam hati.

Allahu.. betapa melimpah ruahnya kasih sayang Allah kan? Dalam apa-apa keadaan pun Dia tetap bagi kita ruang untuk mengingati dan beribadah padaNya. Sebab tu mama hakim kata, jika kita mengambil kesempatan pada keadaan yang betul maka hasilnya juga yang baik-baik aja.

Itu namanya mengambil kesempatan pada diri sendiri. Pada orang lain pulak macam mana? Kalau kita tengok orang sakit, maka ambil peluang ziarah dan doakan mereka. Jika kita nampak orang susah, ambil kesempatan untuk lakukan sesuatu dengan membantu mereka. Jika kita nampak seorang ibu yang mendukung anak sambil membawa barang, ambil kesempatan pegangkan barang tu.




Banyak cara nak mengambil kesempatan pada diri sendiri dan orang lain dengan membawa kebaikan kan? Tapi sesetengah orang agak skeptical dengan istilah MENGAMBIL KESEMPATAN tu sendiri. Tepuk dada tanya iman. Yang mana satu pilihan kita. Mama hakim percaya, antara kita semua yang sukakan kebaikan dan kebahagiaan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger